Berita Utama

4 ditahan memandu bawah pengaruh alkohol

Kesemuanya berusia antara 25 hingga 55 tahun

KUALA LUMPUR, 10 Syawal 1441H, Selasa –  Empat lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, ditahan dalam Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah, di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka berusia 25 hingga 55 tahun itu, ditahan dalam operasi yang bermula pada 10 malam semalam (1 Jun) hingga 2 pagi tadi dan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, seramai 180 pengguna jalan raya dan 225 kenderaan diperiksa, dalam operasi tersebut.

“Hasil operasi yang dijalankan semalam jelas menunjukkan masih ada pengguna jalan raya yang mengambil minuman keras (beralkohol) sebelum memandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan itu membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close