Uncategorized

COVID-19: Pelarian Rohingya pertama maut di Bangladesh

Seramai 29 pelarian di kem Cox's Bazar positif virus pandemik

DHAKA, 10 Syawal 1441H, Selasa – Seorang warga emas Rohingya meninggal dunia pada Ahad di kem pelarian di Bangladesh, kem terbesar di dunia, kata seorang pegawai pada Selasa.

Seorang pegawai di pejabat pelarian di Cox’s Bazar Mohammad Shamsu Douza mengesahkan perkara itu kepada agensi berita Anadolu.

Lelaki itu sedang menjalani rawatan COVID-19 di pusat pengasingan.

Sampel mangsa dihantar ke Dhaka dan hasil ujian mengesahkan lelaki itu dijangkiti COVID-19.

Buat masa ini terdapat 29 pelarian Rohingya di kem pelarian di Cox’s Bazar disahkan positif virus itu dan dirawat di pusat pengasingan, katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button