Berita UtamaDunia

COVID-19 ragut 373,439 nyawa seluruh dunia

AS, Britain, Itali paling teruk rekod jumlah kematian tinggi

PARIS, 10 Syawal 1441H, Selasa – Novel coronavirus yang mula tercetus di China sejak Disember lalu telah meragut sekurang-kurangnya 373,439 nyawa di seluruh dunia.

Berdasarkan data terkini dikumpul AFP, sekurang-kurangnya 6,220,110 kes direkodkan di 196 negara serta wilayah dan dari jumlah itu sekurang-kurangnya 2,599,500 disahkan pulih.

Angka yang dikumpul daripada pihak berkuasa negara dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan yang sebenar.

Sebilangan besar negara hanya menguji kes bergejala atau yang paling serius.

Amerika Syarikat (AS) adalah negara paling teruk dilanda wabak dengan 104,658 kematian daripada 1,797,457 kes.

Sekurang-kurangnya 444,758 orang telah pulih di negara itu.

Selepas AS, negara-negara yang paling teruk dilanda adalah Britain dengan 39,045 kematian daripada 276,332 kes, Itali dengan 33,475 kematian daripada 233,197 kes, Brazil dengan 29,314 kematian daripada 514,849 kes dan Perancis dengan 28,833 kematian daripada 189,220 kes.

Antara negara dengan kadar kematian tertinggi dari virus itu, ialah Belgium yang mencatat 82 kematian per 100,000 penduduk, diikuti Sepanyol dengan 58, Britain dengan 57, Itali dengan 55 dan Perancis dengan 44 per 100,000.

China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau – setakat ini menyatakan 4,634 kematian dan 83,017 jangkitan dan mempunyai 78,307 kes pulih.

Secara keseluruhan Eropah mempunyai 179,040 kematian dari 2,166,993 kes, AS dan Kanada mempunyai 112,038 kematian daripada 1,889,104 jangkitan, Amerika Latin dan Caribbean 51,658 kematian daripada 1,029,284 kes.

Sementara Asia 16,629 kematian daripada 560,866 kes, Timur Tengah 9,628 kematian daripada 413,951 kes, Afrika 4,314 kematian daripada 151,339 kes, dan Oceania 132 kematian daripada 8,574 kes.

Hasil daripada pembetulan oleh pihak berkuasa kebangsaan atau keterlambatan penerbitan data, angka yang dikemas kini selama 24 jam terakhir mungkin tidak tepat dengan data hari sebelumnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button