Berita Utama

DBKL beku permohonan baharu lesen minuman keras

Tindakan akan diambil terhadap premis jual arak tanpa lesen

BANGI, 10 Syawal 1441H, Selasa – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras berkuat kuasa serta-merta.

Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.

“Dimaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras adalah dibekukan serta-merta.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” kata kenyataan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

Beliau berkata, lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button