Uncategorized

Hanya 20 kes positif hari ini

15 lagi adalah kes import, dapat jangkitan di luar negara

PUTRAJAYA, 10 Syawal 1441H, Selasa  – Malaysia hari ini melaporkan kes penularan  COVID-19 dalam negara adalah satu angka, iaitu lima kes daripada keseluruhan 20 kes positif baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 kes lagi adalah kes import iaitu mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada lima kes penularan tempatan, tiga adalah kes bukan warganegara manakala dua kes membabitkan warganegara, ” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini hari ini.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 7,877 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 1,292 dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

Katanya, tiada kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas  dan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kekal pada 115 kes.

Dr Noor Hisham berkata, 66 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan dibenar keluar dari hospital sebanyak 6,470 kes atau 82.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Seramai enam pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua memerlukan bantuan pernafasan, katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button