Berita Utama

Saringan COVID-19 hanya di penjara, depot ada kes COVID-19

Penjara Sungai Buloh ada lapan blok, saringan di tempat terbabit saja

PUTRAJAYA, 10 Syawal 1441H, Selasa – Ujian saringan COVID-19 hanya dilaksanakan di penjara atau depot tahanan yang mempunyai kes positif COVID-19 sahaja, termasuk di Penjara Sungai Buloh, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia tidak melibatkan penjara atau depot tahanan lain di seluruh negara yang tidak mempunyai kes positif COVID-19.

“Prinsip kita sama sahaja, hanya buat saringan COVID-19 di kawasan yang terlibat sahaja seperti yang berlaku di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih dan DTI Bukit Jalil sebelum ini.

“Oleh yang demikian, saringan tidak perlu dibuat di DTI atau penjara di tempat lain kerana tidak mempunyai kes COVID-19,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata penjara di Sungai Buloh mempunyai lapan blok, namun hanya blok yang terlibat sahaja yang akan disaring COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button