Berita Utama

SPRM terima dua laporan terhadap bekas menteri

Didakwa melakukan salah guna kuasa ketika berada dalam kerajaan

PUTRAJAYA, 10 Syawal 1441H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima dua laporan terhadap seorang bekas menteri kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.

Laporan itu masing-masing dibuat oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan Zahin Zainal dan Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan di ibu pejabat SPRM di sini.

“Kami ada bukti yang kukuh. Kalau tidak ada benda ‘solid’ (kukuh) yang kami ‘pegang’, kami tidak akan ada di sini dan bebankan pihak berkuasa,” kata Zahin kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut. Zahin diiringi Ketua Armada Sepang Shahmi Shamsudin yang mewakili Armada Selangor.

Seorang pegawai SPRM mengesahkan menerima dua laporan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button