Berita Utama

93 kes baharu COVID-19, hanya dua warganegara terlibat

Jadikan kumulatif terkini 7,970 dengan tiada kematian dicatatkan

PUTRAJAYA, 11 Syawal 1441H, Rabu – Sebanyak 93 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan hanya dua warganegara dan selebihnya bukan warganegara Malaysia, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,970 dan tiada kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua 93 kes baharu itu adalah penularan di dalam negara.

“Daripada 91 kes melibatkan bukan warganegara, 55 kes adalah dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas, sementara dua kes warganegara melibatkan saringan pelajar tahfiz dan satu daripada kluster pasar,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Susulan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,324 dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

Beliau berkata 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, manakala daripada enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close