Uncategorized

COVID-19: Angka pemulihan di Turki cecah 130,000 orang

Jumlah kes keseluruhan kini 165,555, tambahan 786 kes baharu

ANKARA, 11 Syawal 1441H, Rabu – Hampir 130,000 pesakit di Turki dilaporkan sudah pulih daripada wabak pandemik COVID-19.

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca menerusi ciapan di laman Twitternya berkata, jumlah mereka yang pulih mencecah 129,921 orang manakala 974 lagi discaj dari hospital sejak Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 786 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 165,555 setakat, semalam.

Katanya, sebanyak 22 kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 4,585.

Sementara itu, pakar penjagaan kesihatan telah melakukan lebih daripada 32,325 lagi ujian saringan virus itu, menjadikan jumlah keseluruhan lebih daripada 2.1 juta.

Ketika ini, kira-kira 633 pesakit masih diberi rawatan intensif, menurut Kementerian Kesihatan.

Sejak pertama kali muncul di China pada Disember lalu, COVID-19 telah tular ke sekurang-kurangnya di 188 buah negara dan wilayah.

Amerika Syarikat (AS), Brazil, Rusia dan beberapa negara Eropah kini menjadi antara negara paling teruk terjejas akibat wabak itu.

Wabak berkenaan telah membunuh lebih daripada 376,800 penduduk dunia, dengan lebih 6.31 juta kes yang disahkan, manakala lebih 2.72 juta orang telah pulih menurut angka yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins AS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button