Uncategorized

DAP: Benarkah kerajaan PN ‘tiada guna’, PAS ‘gila’, UMNO ‘lagi gila’?

DBKL didesak tarik balik arahan pembekuan lesen arak

HANYA kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras, pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew:

(1) Mengatakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) “tiada guna”, PAS “gila” dan UMNO “lagi gila”.

(2) Mendakwa pembekuan ini adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

(3) Menyebut DAP akan mengambil tindakan perlu selepas berunding dengan team perundangan mereka.

(4) Mendesak DBKL segera menarik balik pembekuan ini.

Seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh, pula berkata, kerajaan tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa pembekuan pemberian lesen minuman keras baharu akan mengatasi atau mengurangkan kejadian kemalangan maut, yang berpunca daripada pemandu mabuk.

Adalah menjadi hak DAP untuk membela hak peniaga dan peminum minuman keras, tetapi soalnya betulkah kerajaan PN “tiada” guna, PAS “gila” dan UMNO “lagi gila” hanya semata-mata kerana DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras?

Nyatakan komen anda kepada Ronnie Liu di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=3633341100015798&id=100000198327350

Dr Kamarul Yusoff

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close