Dunia

Harga minyak meningkat menjelang mesyuarat OPEC+

Pertimbang lanjut pemotongan pengeluaran menjelang akhir Jun

NEW YORK, 11 Syawal 1441H, Rabu – Harga minyak meningkat pada Selasa apabila peserta pasaran bertaruh melanjutkan pengurangan pengeluaran oleh pengeluar minyak utama, lapor agensi berita Xinhua.

Penghantaran West Texas Intermediate untuk Julai menokok sebanyak US$1.37 kepada US$36.81 setong di New York Mercantile Exchange. Ia adalah penutup tertinggi untuk kontrak bulan depan sejak 6 Mac, menurut Dow Jones Market Data.

Penanda aras global minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos melonjak sebanyak US$1.25 kepada US$39.57 setong di London ICE Futures Exchange.

Harga itu didorong laporan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum termasuk Moscow (OPEC +), sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran sekarang menjelang akhir Jun, dalam mesyuarat dijangka diadakan pada Khamis.

OPEC + bersetuju pada April untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari pada Mei dan Jun ekoran pandemik COVID-19.

Pemotongan tersebut bermakna pengeluaran berkurangan kepada 7.7 juta tong sehari dari Julai hingga akhir 2020. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button