Berita Utama

Hentikan drama politik atau kita adakan pilihan raya: Najib

Rakyat muak, rela berdepan risiko COVID-19 jika politik terus bergolak

BANGI, 11 Syawal 1441H, Rabu – Semua pihak disaran menghentikan ‘drama’ politik dan membiarkan kerja-kerja pemulihan ekonomi dilakukan tanpa sebarang gangguan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan itu perlu dilakukan jika Perikatan Nasional (PH) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mencapai perbezaan sokongan majoriti di Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat nanti.

“Apa pun Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mula merangka prosedur operasi standard mengendalikan pilihan raya. Ini kerana kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal diadakan adalah sangat tinggi jika politik negara terus bergolak.

“Biar pun wabak COVID-19 di dalam keadaan terkawal, mengadakan pilihan raya adalah satu risiko yang amat besar kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Najib yang masih berdepan pertuduhan di mahkamah yakin, majoriti rakyat akan lebih rela memilih untuk berdepan dengan risiko yang ada dan menuntut Parlimen dibubarkan jika politik negara terus bergolak sehingga pimpinan kerajaan tidak dapat memfokuskan kerja memulihkan ekonomi negara ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini kerana majoriti rakyat sudah berasa muak dengan drama politik yang sedang berlaku hari ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button