Dunia

Kemarahan di AS kini merebak ke Australia

Sebagai tanda semangat setia kawan terhadap demonstrasi di AS

SYDNEY, 11 Syawal 1441H, Rabu – Ribuan penduduk Australia berkumpul di jalan-jalan raya pada Selasa malam, sebagai tanda semangat setiakiawan terhadap demonstrasi di Amerika Syarikat (AS) kerana membantah keganasan polis terhadap golongan minoriti, lapor agensi berita Xinhua.

Di Sydney, sambil berarak penunjuk perasaan melaungkan “saya tidak boleh bernafas” dan “Nyawa Orang Kulit Hitam Berharga”, slogan yang sama dilaungkan di seluruh AS yang kini dihambat demonstrasi besar-besaran.

Isu salah laku anggota polis juga dikatakan berlaku di Australia terutamanya terhadap masyarakat Orang Asli.

Demonstrasi berlangsung secara aman, ramai yang hadir memakai pelitup muka di tengah-tengah penularan COVID-19.

“Berapa ramai yang mati ketika dalam tahanan dan berapa ramai polis yang menyebelahi kita?” kata Tristan Field yang berasal daripada masyarakat Orang Asli.

“Kita perlu menghentikan orang kulit hitam daripada terus menjadi mangsa di negara ini dan di seluruh dunia kerana apa yang dilakukan terhadap mereka tidak adil.”

Walaupun hanya terdiri dua peratus daripada populasi Australia, First Nations Peoples mewakili sekitar 27 peratus penghuni di penjara.

Tunjuk perasaan tercetus hanya beberapa jam selepas video rakaman menunjukkan remaja orang asli dipukul anggota polis di New South Wales (NSW).

Polis sedang menyiasat kejadian melibatkan remaja lelaki itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button