Pendapat

Kemelut politik dan kerakusan manusia pada kuasa

Tuntut mandat rakyat tapi ghairah kejar kuasa

PERHATIKAN gelagat ahli politik kita yang tidak pernah surut nafsunya mengejar kuasa. Dalam kemelut pandemik yang mengancam nyawa, terdapat ahli politik yang hanya memikirkan tampuk kerusi dan kuasa.

2. Kelincahan berfikir mengatur langkah bagi memenuhi nafsu rakus tidak pernah bertebing. Kesusahan rakyat dibuang kerja, hilang punca pendapat, maut dilanggar pemabuk gila bukan lagi agenda bagi mereka. Mereka melaungkan “kami menuntut mandat rakyat!” Namun kesungguhan menyantuni mandat rakyat tidak seperti keghairahan mengejar kuasa.

3. Benarlah seperti yang diungkap oleh salafusoleh terdahulu. Gila kuasa adalah satu penyakit. Penyakit yang tersembunyi yang tidak terzahir buat si empunya diri. Patutlah Baginda Nabi sendiri tidak memberikan kuasa pada yang meronta untuk mendapatkannya. Sabda Rasulullah:

إنا لا نولي هذا مَنْ سَألهُ وَلا مَنْ حَرَص عليه

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gila kan jawatan kepimpinan.” (Sahih al-Bukhari, no: 7149)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button