Pendapat

Kepimpinan kuda bajak, durian, dari bawah, nasib baik & semaian

Percayalah kualiti pemimpin hebat ada dalam diri kita semua

1. JADILAH kuda bajak (plow horse) yang rajin bekerja dan berkeringat di medan, bukannya kuda pameran (show horse) yang cantik, penuh keterampilan dan digilai semua tapi kurang bekerja

2. Gabungkan kerendahan hati dengan ketinggian keyakinan dan kemahiran. Jadilah seperti durian, keras di luar tapi lembut di dalam. Bukan seperti mangga ,lembut di luar tapi keras di dalam

3. Pilih pemimpin yang dibesarkan dan dididik oleh sesebuah syarikat dari bawah (internal) kerana mereka lebih sesuai menjadi CEO berbanding ‘talent’ yang diambil dari luar (external) 10 dari 11 CEO syarikat paling berprestasi di dunia dibangunkan dari dalam syarikat

4. Jangan ambil kredit untuk diri sendiri. Sebaliknya , sentiasa memberi kredit kepada ahli pasukan di bawah. Ketika semua orang memuji kehebatannya (personal greatness), dia cuma berkata dirinya ‘bernasib baik’ (good luck)

5. Percayalah kualiti pemimpin hebat ada dalam diri kita semua, menanti masa untuk dilatih dan disemai (nurture). Ia bukannya potensi yang hanya dikurniakan kepada beberapa orang terpilih secara semulajadi (nature)

Kluster Tarbiyah ISMA
Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close