Berita Utama

KKM yakin SOP sekolah boleh cegah penularan COVID-19

Ibu bapa diingatkan tidak bimbang dengan isu penjarakan sosial

PUTRAJAYA, 11 Syawal 1441H, Rabu – Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan keyakinan bahawa prosedur operasi standard (SOP) melibatkan sektor pendidikan yang telah diluluskan mampu membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan tersebut telahpun siap dan beliau sendiri berpeluang meninjau pelaksanaan tersebut.

Justeru, jelas beliau ibu bapa diingatkan supaya tidak bimbang dengan isu penjarakan sosial kerana keutamaan pembukaan sekolah diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan.

“Jadi, jangka masa adalah lebih kruang dua minggu sebelum kita buka (sekolah) baru kita akan maklum kepada mereka pelajar-pelajar dan ibu bapa.

“Tetapi apa yang pasti kita masih belum lagi membuat keputuan bila sekolah dibuka tetapi panduan seperti SOP semua sudah siap sedia dan saya melihat kepada pelaksanaan itu, saya yakin dengan kemampuan SOP yang ada dapat kita bendung penularan jangkitan,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button