Uncategorized

Mengapa bantah tindakan DBKL beku lesen arak serta-merta?

Ada negara lain turut haramkan penjualan arak ketika 'lockdown'

1. USAHA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengawal kadar kemalangan yang meningkat disebabkan oleh pemandu mabuk haruslah dipuji.

Sekurang-kurangnya ada langkah yang diambil untuk membantu dan bukan memberi alasan seperti: “Takkan hari ini kahwin esok dah nak beranak?”

2. Namun, dalam tindakan sebegini, memang pasti akan ada yang tidak setuju.

Tidak kurang juga komen-komen yang memerli. Perhatikan bagaimana segelintir kita mengatakan: “Mengapa tidak diharamkan juga penjualan kereta?”

3. Ketegasan dalam mengawal keburukan arak ini telah diamalkan juga di negara lain.

Perhatikan bagaimana Afrika Selatan telah mula mengharamkan penjualan arak dalam tempoh ‘lockdown’ mereka.

3. Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Bheki Hamilton Cele pada 26 Mac yang lalu telah melakukan pengumuman itu dengan justifikasi bahawa pengharaman penjualan arak dalam tempoh’ lockdown’ ini berupaya memutuskan rantaian penyebaran COVID-19.

Salah satu justifikasi yang diberikan adalah kerana alkohol dikatakan berupaya melemahkan sistem pertahanan badan seseorang.

4. Di Nuuk, ibu negeri Greenland turut mengenakan sekatan penjualan arak dalam tempoh ‘lockdown’ ini.

Menteri Kesihatan Martha Abelsen, menjelaskan bahawa sekatan penjualan arak ini adalah bertujuan menyelamatkan mangsa dera kanak-kanak yang berlaku sepanjang tempoh perintah kawalan berkurung yang berlaku di Greenland.

5. Begitu juga di Hong Kong, Ketua Eksekutif Carrie Lam telah mengumumkan penyekatan pengeluaran lesen arak bagi 8600 restoran dan bar dalam menghadapi tempoh kedua gelombang COVID-19 di Hong Kong.

6. Perhatikan bagaimana negara-negara yang bukanlah menjadikan Islam sebagai agama rasmi boleh bertindak secara rasional dalam mengekang penjualan arak, mengapa tidak kita bertindak dengan tindakan yang sama?

Apatah lagi perkara ini telah pun diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ pada 1400 tahun yang lalu.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button