Berita Utama

Status ibadah haji diketahui minggu depan

Akan dibentang di Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Agong

KUALA LUMPUR, 11 Syawal 1441H, Rabu – Status perjalanan musim haji tahun ini akan diumumkan minggu depan sama ada ia diteruskan atau dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Tabung Haji dan ia akan dibentang ke mesyuarat Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Agong.

“Mesyuarat berkenaan status jemaah haji telah diadakan baru-baru ini bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia.

“Hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, keputusan perbincangan akan diumum pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini Dr Zulkifli berkata, status perjalanan musim haji tahun ini akan diperincikan selepas mengadakan kunjungan hormat di Kedutaan Arab Saudi.

Semalam, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan tidak akan membenarkan jemaah dari negara itu untuk menunaikan ibadah haji di Arab Saudi pada tahun ini di tengah-tengah COVID-19.

Menterinya, Fachrul Razi berkata, keputusan itu dibuat kerana wabak masih melanda di hampir seluruh dunia termasuk Indonesia dan Arab Saudi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button