Berita UtamaDunia

Brazil uji vaksin COVID-19 bulan ini

Hasil kajian jadi dasar kelulusan vaksin di UK pada hujung tahun

SAO PAULO, 12 Syawal 1441H, Khamis – Brazil, negara pertama di luar Britain yang mengambil bahagian dalam kajian menguji vaksin COVID-19 yang dibangunkan di University of Oxford, mulai pertengahan Jun ini.

Vaksin akan diuji di Brazil terhadap 2,000 sukarelawan, yang akan direkrut mulai minggu ini, kata Federal University of Sao Paulo, yang sedang menyelaraskan kajian itu.

Presiden universiti Brazil itu, Soraya Smaili berkata, sukarelawan mestilah profesional kesihatan berusia antara 18 dan 55 tahun dan berisiko tinggi mendapat jangkitan, misalnya kakitangan pembersihan dan sokongan di unit yang merawat pesakit COVID-19.

“Menguji vaksin di Brazil sangat penting kerana kami berada dalam fasa peningkatan pantas keluk epidemiologi,” katanya kepada AFP.

Ujian untuk vaksin itu dijadual bermula di Brazil pada minggu kedua bulan Jun dan dikembangkan ke negara-negara lain selepas itu, kata universiti itu.

“Hasilnya akan menjadi dasar untuk kelulusan vaksin itu di United Kingdom, yang dijangkakan akhir tahun ini,” katanya.

Brazil adalah pusat terbaru dalam wabak COVID-19.

Negara yang berpenduduk 210 juta orang itu kini berada di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kes, dengan lebih dari 555,000 dijangkiti dan telah mencatatkan lebih dari 31,000 kematian, jumlah korban keempat tertinggi di dunia, selepas AS, Britain dan Itali. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close