Pendapat

Adakah Tun M akan jadi PM ke-9?

PN tidak sempurna tapi lebih baik dari PH

DALAM politik segalanya mungkin. Tapi kali ini saya tidak rasa Tun M akan naik semula, kembali menjadi PM tertua dunia dan mencipta rekod baharu sebagai satu-satunya mahkluk di alam semesta yang berjaya menjadi PM sebanyak tiga kali

2. Minggu lepas, berita yang menggemparkan Malaysia menyebut beberapa orang menteri dan timbalan menteri dari PBBM akan keluar dari parti dan menyokong Tun M bagi menumbangkan kerajaan PN. Ia kemudiannya ternyata tidak benar

3. Beberapa hari lepas pula, timbul desas desus DS Anwar Ibrahim pula mengadap YDPA bagi membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi PM. Ia kemudiannya terbukti satu berita palsu

4. Disebut-sebut juga mungkin akan dibubarkan Parlimen dan diadakan PRU15 bagi menyelesaikan kemelut politik sedia ada dan ketidakstabilan demografi gabungan parti kerajaan-pembangkang dalam Parlimen yang terkini. Kita perlu tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran berita ini

5. Mengikut congakan mudah saya, mungkin ada beberapa sebab kenapa Tun M ingin menjadi PM semula. Pertama, mungkin beliau benar-benar tidak berpuas hati dengan prestasi pentadbiran PN yang dikepalai oleh TS Muhyiddin Yassin terutama setelah anaknya DS Mukhriz ditumbangkan sebagai MB Kedah. Namun saya merasakan kebarangkalian situasi ini adalah rendah

6. Kedua, Tun M sekadar ingin membuktikan kepada rakan gabungan PH keabsahan kerajaan PN yang telah dibentuk hasil tindakan licik beliau sendiri yang telah menumbangkan kerajaan PH pada Februari 2020 yang lalu. Pada hemat saya, Tun M tidak serius ingin menjadi PM semula namun sekadar ingin menyaingi gerakan DS Anwar Ibrahim yang beria-ia mahu menumbangkan kerajaan PN yang semakin mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia

7. Keengganan Tun M mewariskan kepimpinan negara kepada DS Anwar Ibrahim adalah amat jelas dan ketara. Kerana inilah faktor utama beliau melakukan tindakan drastik menjatuhkan diri sendiri setelah didesak oleh DS Anwar Ibrahim dan tentera DAPnya untuk menyerahkan jawatan PM

8. Saya sebutkan berkali-kali kerajaan PN tidak sempurna dan penuh kekurangan. Namun ia jauh lebih baik dari kerajaan PH di bawah pimpinan Tun M yang lalu. Dan ia pasti amat jauh lebih baik dari kerajaan PH jika dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim yang terkenal dengan sikap hipokrit, liberal dan pro parti rasis cauvinis DAP

9. Beberapa hari akan datang pasti mengujakan untuk kita sama-sama lihat kesudahan polemik politik negara ini. Harapan kita sesiapa pun yang memimpin negara, semoga kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja terus terpelihara

10. Telah tiba masa untuk Tun M berehat setelah cukup lama menjadi PM ke-4, PM ke-7 dan PM interim sebelum perlantikan TS Muhyiddin Yassin yang lalu. Kita perlukan pimpinan muda yang lebih berwibawa. Lebih tinggi integriti dan lebih takut kepada Ilahi.

Kluster Tarbiyah ISMA
Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button