Berita Utama

Pemandu mabuk direman 4 hari

Ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol

SEREMBAN, 12 Syawal 1441H, Khamis – Seorang penganggur direman empat hari bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian 10.40 malam semalam di Taman PD Utama, lelaki berusia 45 tahun itu telah diarahkan berhenti oleh anggota polis bagi tujuan pemeriksaan selepas dia didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah diarahkan berhenti, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemukan sebarang barang salah. Seterusnya pemandu diarahkan menjalani ujian saringan penafasan bagi mengesan alkohol.

“Hasil ujian berkenaan, bacaan menunjukkan terdapat lebihan alkohol dalam darah. Pemandu berkenaan telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button