Uncategorized

Pengawal keselamatan ditahan memandu bawah pengaruh alkohol

Suspek berusia 39 tahun akan didakwa dalam masa terdekat

NILAI, 12 Syawal 1441H, Khamis – Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Persiaran Utama, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar, berkata, dalam operasi selama tiga jam bermula 8 malam itu sebanyak 24 saman turut dikeluarkan membabitkan 26 kesalahan.

“Dalam operasi ini, pemeriksaan kandungan alkohol menggunakan SD2 telah dijalankan terhadap dua pemandu dan salah seorang daripadanya yang memandu Mitsubishi Triton merekodkan bacaan 232mg/100ml.

“Suspek berusia 39 tahun itu akan didakwa dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ketika ini, undang-undang semasa membenarkan sehingga 80mg alkohol dalam 100ml darah manakala had antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 50mg dalam 100ml, darah. -Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close