Berita Utama

‘Saya masih kekal di kerusi penyokong PN’: Shahruddin

Terima kasih beri peluang berada dalam jemaah menteri

BANGI, 12 Syawal 1441H, Khamis – Meskipun mengumumkan peletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh tetap akan bersama Perikatan Nasional (PN). 

Ahli Parlimen Sri Gading itu menegaskan, beliau akan kekal duduk di kerusi penyokong kerajaan PN di Dewan Rakyat.

“Saya masih kekal duduk di kerusi ‘backbenchers’ PN,” katanya satu surat ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Pada masa sama, beliau sepeti dilapor BH Online turut merakamkan terima kasih kepada Muhyiddin yang memberi peluang kepadanya untuk berada dalam Jemaah Menteri.

Shahruddin yang juga bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melepaskan jawatannya berkuat kuasa, hari ini.

Terdahulu, Shahruddin menjelaskan beliau perlu meletak jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional.

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri daripada kerajaan PN,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button