Berita Utama

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Shahruddin dakwa buat keputusan kurang tepat ketika sertai PN

BANGI, 12 Syawal 1441H, Khamis – Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa, serta-merta.

Ahli Parlimen Sri Gading itu dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau telah membuat keputusan yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi-pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,” katanya. 

Shahruddin menjelaskan beliau perlu meletak jawatan kerana dilantik oleh Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional.

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri daripada kerajaan PN,” katanya dalam surat berkenaan.

Pada 1 Jun lalu, beliau ada mengeluarkan kenyataan bersedia melepaskan jawatannya di dalam kerajaan dan meninggalkan PN jika tindakan itu dapat mengukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, ia dilakukan demi rasa sayangnya kepada parti dan ingin melihat pengukuhan parti dan dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepada Bersatu.

Beliau berkata, beliau begitu menyayangi parti dan tidak mahu melihat Bersatu lemah kerana berpecah-belah serta berlaku serang- menyerang yang memalukan.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close