Berita Utama

Tun M dakwa PN pernah cuba gantikan Dr Noor Hisham

Dakwanya usaha itu gagal kerana mendapat bantahan

KUALA LUMPUR, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, terdapat usaha untuk menggantikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan seorang ahli politik.

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa, kejayaan dan tindak balas kerajaan terhadap ancaman wabak COVID-19 sekarang berkesan kerana usaha diterajui oleh seorang yang profesional.

“Kerajaan melakukan tugasnya dengan baik tetapi ia berlaku. Kerana itu orang politik tak boleh mengambil alih tugas profesional.

“Tugas itu dilakukan oleh orang profesional, seorang doktor dan dia menjalankan tugas dengan baik.

“Pada satu ketika ada cubaan menggantikan beliau (Noor Hisham) dengan seorang ahli politik dan meletakkan orang politik di situ kerana ia adalah langkah publisiti yang baik untuk orang politik itu,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa, usaha itu tidak berjaya kerana berlaku bantahan.

“Jadi pegawai terbabit masih ada di situ,” katanya.

Dr Mahathir tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan tersebut.

Tidak dapat dipastikan juga sama ada kenyataan beliau itu merujuk kepada cubaan menggantikan Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan atau pihak yang bertanggungjawab memberikan respon kepada ancaman COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close