Berita Utama

Tidak sesuai adakan pilihan raya sekarang: Tun M

Kerajaan perlu berjimat cermat dalam pembelanjaan negara

KUALA LUMPUR, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan negara tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) ketika ini kerana kerajaan perlu lebih fokus untuk menyelesaikan kemelut politik yang kian memuncak dan ia tidak boleh terganggu.

Ini walaupun sebelum ini beliau pernah mendakwa pihaknya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Ada orang yang meminta diadakan pilihan raya sekarang, tetapi ada juga yang mengatakan jika pihak pembangkang ada majoriti kerusi Parlimen maka kerajaan akan adakan pilihan raya juga.

“Ketika negara tidak boleh mengadakan pilihan raya kerana kita (ahli politik) tidak boleh berkempen dan mengadakan perjumpaan beramai-ramai seperti dulu,” katanya.

Tambah beliau, selain penularan pandemik COVID-19, kerajaan perlu berjimat cermat dalam pembelanjaan wang negara.

“Kerajaan perlukan kewangan untuk mengekang penularan pandemik COVID-19. Jadi perhatian itu tidak boleh terganggu,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Langkawi itu turut memuji tindakan kerajaan dalam menentang pandemik itu sehingga kini.

“Kerajaan mengendali masalah COVID-19 ini dengan bagus,” katanya.

Bagaimanapun, kejayaan itu ekoran tiada campur tangan daripada ahli politik dan menyerahkan sepenuhnya kepada profesional untuk menangani penularan itu.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close