Berita UtamaDunia

COVID-19: Arab Saudi catat 32 kematian baharu

Jumlah keseluruhan kes adalah 93,157: Kementerian Kesihatan

RIYADH, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Arab Saudi mencatatkan 32 kematian terbaharu akibat COVID-19, semalam dan pandemik itu turut meragut tiga nyawa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta satu di Lubnan, lapor Anadolu Agency.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, jumlah kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 611 orang, manakala 1,975 lagi kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 93,157, termasuk 68,965 telah sembuh.

Di UAE, jumlah kematian meningkat kepada 273 orang dengan tiga lagi kematian, sementara jumlah kes sebanyak 37,038 dengan peningkatan 659 kes.

Seramai 19,572 telah sembuh di daerah ini, kata Kementerian Kesihatan.

Di Lubnan, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian dan 50 kes baru. Jumlah kes meningkat kepada 1,306, termasuk 28 kematian, dan 731 telah sembuh.

Wabak coronavirus telah meragut lebih daripada 386,600 nyawa di seluruh dunia setelah menjangkiti sekitar 6.54 juta orang, sementara jumlah mereka yang sembuh kini melebihi 2.83 juta, menurut angka yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins AS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close