Dunia

COVID-19: Vietnam kekal sifar jangkitan tempatan selama 50 hari

Setakat 5 Jun keseluruhan kes kekal sebanyak 328 sahaja

HANOI, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Vietnam masih berjaya mengekalkan rekod sifar kes jangkitan tempatan untuk tempoh 50 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19.

Setakat 5 Jun keseluruhan kes kekal sebanyak 328, daripada jumlah itu 188 adalah kes import dan yang dikuarantin sebaik tiba di negara ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pada masa ini, 8,143 orang yang mempunyai kontak dengan pesakit atau mengunjungi daerah terjejas wabak, dikuarantin di hospital, pusat khas dan rumah.

Seramai 302 pesakit sudah disahkan sembuh manakala 26 lagi masih dirawat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button