Berita Utama
Mohd Ali angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7
Beliau turut diiringi isterinya, Toh Puan Asmah Abdul Rahman

MELAKA, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Tun Mohd Ali Rustam hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu bermula kira-kira 10.10 pagi ini.
Mohd Ali, 70, yang juga Ketua Menteri Melaka Kesembilan diiringi isterinya Toh Puan Asmah Abdul Rahman, 64.
Terdahulu, pengisytiharan jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan.
Mohd Ali kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat cara sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.