Berita Utama

Najib hairan PH ‘fobia’ Parlimen dibubarkan

Kembali mandat rakyat penyelesaian terbaik tangani isu politik

BANGI, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan mengembalikan mandat kepada rakyat adalah penyelesaian paling adil jika Pakatan Harapan (PH) masih bertegas untuk merebut kuasa dan menjatuhkan kerajaan dengan ‘membeli’ Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Pekan itu juga yakin pembubaran Parlimen baik demi kewujudan sebuah kerajaan yang stabil dengan sokongan rakyat dalam usaha melawan COVID-19.

Walau bagaimanapun, beliau hairan apabila PH seolah-olah ‘bimbang’ pilihan raya umum (PRU) diadakan.

“Lalu, DAP tuduh BN hanya berani dengan PRU kerana peratusan keluar mengundi mungkin rendah akibat krisis COVID-19. Itu alasan terbaru DAP kenapa mereka fobia Parlimen dibubar dan PRU dilaksanakan.

“Peratusan keluar mengundi akan rendah kononnya. Tak elok untuk PH. Peratusan keluar mengundi PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis tak rendah ke mana pun.

“Lagipun, kenapa PH fobia jika ‘track record’ 22 bulan mereka mengundi adalah sangat baik dengan kononnya 50 ‘jasa-jasa PN’? soalnya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close