Berita Utama

Pelan jana semula ekonomi negara perkasa rakyat, rangsang ekonomi

Kerajaan garis 40 inisiatif dengan peruntukan sebanyak RM35 bilion

PUTRAJAYA, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Dalam menghadapi cabaran ekonomi negara susulan pandemik COVID-19, kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam memperkasakan rakyat dan merangsang ekonomi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan pelan jangka pendek bertemakan ‘Bersama Menjana Ekonomi’ itu berkata, ia juga untuk melonjakkan perniagaan.

Kerajaan mengariskan 40 inisiatif dengan peruntukan RM35 bilion bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut dengan RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada kerajaan.

Agenda utama dalam memperkasakan rakyat adalah untuk mengatasi kebimbangan rakyat mengenai risiko kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan berikutan banyak aktiviti ekonomi terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac.

Untuk menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan, kerajaan memperuntukkan hampir RM9 bilion yang akan memanfaatkan tiga juta tenaga pekerja melalui beberapa inisiatif. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button