Berita UtamaDunia

Qatar gantung sementara visa kemasukan pelawat semasa Piala Dunia FIFA

Hanya pemilik kad Hayya akan dibenarkan masuk negara

DOHA, 26 Safar 1444H, Khamis – Qatar mengumumkan keputusannya untuk menggantung sementara pengeluaran visa bagi mereka yang ingin melawat negara itu sebelum dan semasa Piala Dunia FIFA akhir tahun ini, berikutan jangkaan lebih dua juta akan menghadiri perlawanan bola sepak di negara Teluk berkenaan.

Dalam sidang media berhubung peraturan keluar masuk ke Qatar semasa Piala Dunia FIFA, Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kerajaan menangguhkan kemasukan semua pelawat melalui sempadan udara, darat dan maritim mulai 1 November hingga 23 Disember tahun ini.

Hanya mereka yang memiliki kad Hayya – permit masuk ke Qatar dan ID akses stadium – akan dibenarkan memasuki negara semasa Piala Dunia yang akan bermula pada 20 November. 

Kad Hayya itu akan membolehkan mereka kekal dalam Qatar sehingga 23 Januari 2023.

Pengecualian lain yang dibenarkan oleh kementerian termasuk warganegara Qatar, penduduk dan warga Majlis Kerjasama Teluk yang memegang kad pengenalan Qatar, pemegang visa pengambilan peribadi dan permit masuk kerja dan kes kemanusiaan, melalui perjalanan udara. 

Kejohanan bola sepak terbesar dunia itu akan berlangsung pada 20 November dan perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Lusail pada 18 Disember depan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button