Berita UtamaDunia

Ramai wanita di Yaman mati ketika bersalin

Perkhidmatan kesihatan berdepan pemotongan dana PBB

SANA’A, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Ramai wanita Yaman dilaporkan kehilangan nyawa ketika melahirkan bayi dan ribuan lagi berdepan risiko serius berikutan penutupan perkhidmatan kesihatan reproduktif di negara miskin itu kerana pemotongan dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB adalah penyedia utama perkhidmatan kesihatan reproduktif di negara yang dilanda perang itu, tetapi ia kini terpaksa mengurangkan operasinya kerana kekurangan dana.

Bulan lalu, Tabung Penduduk PBB (UNFPA) menghentikan penyediaan perkhidmatan reproduktif di kebanyakan 180 kemudahan yang sebelum ini disokongnya di negara Arab itu, menyebabkan sekitar 320,000 wanita hamil tanpa rawatan.

Menurut wakil UNFPA di Yaman, Nestor Owomuhangi, sekurang-kurangnya dua wanita hamil, yang kemudahan bersalin di tempatnya ditutup, telah kehilangan nyawa mereka ketika bersalin.

“Komplikasi mereka tidak dapat ditangani di rumah. Mereka sepatutnya dihadiri oleh pekerja kesihatan yang mahir.

“Jika seseorang wanita hamil itu tidak mempunyai rawatan khusus untuk sekurang-kurangnya memeriksa tanda-tanda kehamilan yang berbahaya, itu adalah kebimbangan kami,” kata Owomuhangi kepada Reuters, semalam.

Kenyataan Owomuhangi itu dibuat setelah Ketua UNFPA, Natalia Kanem meminta, para penderma antarabangsa dalam satu persidangan pada hari Selasa untuk menderma lebih banyak bagi membiayai operasinya, di samping mengingatkan bahawa wanita Yaman ‘tidak mampu lagi menunggu.’

Agensi PBB mengatakan bahawa ia hanya berjaya memperoleh 41 peratus daripada AS$100.5 juta (RM428.9 juta) yang diperlukannya untuk membiayai operasinya tahun ini.

Projek Data Lokasi dan Acara Konflik Bersenjata yang berpusat di AS (ACLED), sebuah organisasi penyelidikan konflik bukan keuntungan, menganggarkan bahawa perang yang dipimpin Arab Saudi telah meragut lebih dari 100,000 nyawa sejak permulaannya.

Perang yang dilancarkan oleh gabungan tentera pimpinan Arab Saudi terhadap Yaman sejak Mac 2015 telah menjadikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 28 juta penduduk bergantung pada bantuan untuk bertahan dalam apa yang disebut oleh PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close