Berita Utama

RON97, 95 naik 5 sen

Harga diesel naik 2 sen seliter

KUALA LUMPUR, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lima sen manakala diesel pula naik dua sen bagi tempoh 6 hingga 12 Jun 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.78, RON95 (RM1.48) dan diesel RM1.63.

Kenaikan harga ini disebabkan peningkatan harga produk yang diproses seiring kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close