Berita Utama

RUU COVID-19 dibentang sesi Parlimen Julai

Sebagai komitmen kurangkan impak perundangan wabak berkenaan

PUTRAJAYA, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) sebagai komitmen bagi mengurangkan impak perundangan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata Rang Undang-Undang itu dijangka akan dibentangkan pada sesi parlimen Julai ini.

Beliau berkata Rang Undang-Undang itu merupakan pelepasan sementara atau ‘temporary relief’ daripada tanggungjawab perjanjian bagi satu tempoh yang ditetapkan.

“Kerajaan berharap dengan adanya akta baharu ini, kelansungan hidup rakyat Malaysia umumnya dapat diteruskan,” katanya ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen hari ini.

Kerajaan memperkenalkan PENJANA dengan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’ sebagai langkah segera untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close