Berita Utama

Tahniah DBKL selesaikan masalah penjaja asing di pasar borong

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, takkan pandang sahaja?

BANGI, 13 Syawal 1441H, Jumaat – Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) mengucapkan tahniah kepada pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana terus bertindak ke atas penjaja warga asing yang masih berdegil meneruskan operasi mereka di kawasan luar Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari juga yakin, bahawa mereka ini bersikap keras kepala apabila menentang arahan pihak berkuasa.

“Ini sekali gus membuktikan warga asing masih ‘berkuasa’ di Pasar Borong Selayang dan inilah isu sebenar daripada dulu lagi tak pernah selesai malah merencatkan pemandangan di kawasan tersebut.

“Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, takkan pandang sahaja?,” katanya dalam satu kenyataan, di laman Facebook, hari ini.

Semalam, Jurucakap DBKL berkata, seramai 14 pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan di Jalan 1/2A berhampiran pintu keluar Pasar Borong Kuala Lumpur kira-kira jam 8 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat segelintir penjaja warga asing menjalankan operasi di bahagian luar pasar borong berkenaan.

Katanya, tindakan sita akan terus dilaksanakan DBKL terhadap operasi jualan penjaja warga asing di kawasan berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button