Berita UtamaDunia

Bimbang penularan COVID-19, Arab Saudi tutup semula Jeddah

Langkah ketat termasuk perintah berkurung, arahan duduk di rumah

RIYADH, 14 Syawal 1441H, Sabtu – Pintu masuk ke Makkah dan Jeddah telah ditutup semula susulan kebimbangan penularan wabak COVID-19.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, pengumuman itu dilakukan setelah meneliti keadaan epidemiologi dan bilangan pesakit yang tinggi di unit rawatan rapi (ICU).

Kementerian itu berkata, langkah berjaga-jaga dan ketat telah diambil di bandar Jeddah selama dua minggu.

Langkah berkenaan termasuk pelaksanaan perintah berkurung bermula dari jam 3 petang hingga 6 pagi, penangguhan solat di masjid dan perintah duduk di rumah bagi pekerja sektor awam dan swasta di bandar Laut Merah, di mana lapangan terbangnya menerima kehadiran jemaah ke Makkah.

Selain itu, kerajaan turut bakal mengenakan langkah yang ketat di Riyadh berikutan angka jangkitan COVID-19 semakin meningkat dalam tempoh beberapa hari ini.

Setakat ini, sebanyak 96,000 penduduk di Arab Saudi dijangkiti COVID-19 dengan 642 kematian, menjadikannya negara paling terjejas di negara Teluk.

Wabak berkenaan turut mengakibatkan larangan ibadah umrah dalam tempoh setahun, selain ibadah haji masih belum diumum untuk diteruskan.

Seramai 2.5 juta orang telah berkunjung ke Arab Saudi pada tahun lepas bagi menunaikan ibadah haji. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button