Berita Utama

COVID-19 hanya 2 kali ganda setiap 3 minggu di India, Asia Selatan

Maharashtra rekod 2,849 kematian daripada 560,303 dikuarantin

GENEVA, 14 Syawal 1441H, Sabtu – Angka kes wabak COVID-19 di India dan Asia Selatan bertambah dua kali ganda setiap tiga minggu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, epidemik itu tidak menunjukkan peningkatan secara mendadak di wilayah berkenaan.

Pakar Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata, meskipun penularan wabak itu tidak ketara di negara Asia Selatan termasuk India, Bangladesh dan Pakistan, namun risikonya tetap ada.

Sementara itu, Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan menyifatkan 200,000 kes dilaporkan di India adalah sederhana, meskipun negara itu mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 1.3 bilion.

Pada masa sama, Maharashtra yang terletak di barat India mencatatkan lebih 80,000 kes COVID-19 dengan 2,436 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Lebih teruk, negeri berkenaan merekodkan kes kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu 139 kematian berbanding 123 kematian kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Anil Deshmukh berkata, seramai 560,303 orang yang dikuarantin di Maharashtra telah merekodkan 2,849 kematian, diikuti Tamil Nadu selatan, yang mencatatkan lebih 28,000 kes dengan 200 kematian.

Mumbai, ibu kota Maharashtra, mengesahkan hampir 46,000 kes dan sudah menjalankan 215,827 ujian, namun ia masih dianggap rendah memandangkan bandar itu mempunyai hampir 20 juta penduduk.

Kementerian Kesihatan Persekutuan berkata, India mencatat 9,851 kes dan 273 kematian dalam 24 jam berakhir Jumaat lalu dan secara keseluruhan merekodkan 236,954 jangkitan termasuk 6,649 kematian akibat wabak pandemik itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close