Berita Utama

Kait Dr Noor Hisham dalam krisis politik, Tun M makin melampau

Rakyat boleh celaru bila bekas PM asyik keluar kenyataan merapu

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Syawal 1441H, Sabtu – Rakyat semakin meluat dengan ‘drama’ politik negara, apabila nama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham turut menjadi mangsa dikaitkan dalam kemelut yang berlaku antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) – yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Dr Mahathir mendakwa, terdapat usaha untuk menggantikan Dr Noor Hisham dengan seorang ahli politik namun tidak berjaya kerana berlaku bantahan. 

“Pada satu ketika ada cubaan menggantikan beliau (Noor Hisham) dengan seorang ahli politik dan meletakkan orang politik di situ kerana ia adalah langkah publisiti yang baik untuk orang politik itu,” dakwa Dr Mahathir. 

Dakwaan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ternyata menerima kritikan pengguna media sosial, yang rata-ratanya meminta mengaitkan Dr Noor Hisham dengan sebarang drama politik, memandangkan beliau kakitangan awam yang tiada kaitan dengan mana-mana parti.

“Datuk Dr Noor Hisham seorang yang berfikiran matang. Tak mudah dengan fitnah. Beliau telah lakukan yang terbaik untuk negara. Patut dicontohi oleh setiap pemimpin. Jangan nak meroyanlah sangat. Rakyat dah tak boleh terima dan dah muak,” tulis Fauziah Yusof. 

“Dah tak ada modal nak ajak gaduh, last-last petik nama KP KKM,” tulis Norazlina Ahmad. 

Netizen turut menempelak Dr Mahathir kerana berterusan menyerang kerajaan PN dalam keadaan negara masih belum selesai memerangi wabak pandemik COViD-19. 

“Dr Mahathir lupa masa mula-mula COVID-19 di Malaysia, yang beri taklimat hanya menteri termasuk beliau sendiri. Dalam TV jelas Dr Noor Hisham duduk belakang, tapi menteri kesihatan dan pelancongan beri taklimat,” tulis Sawiyah Alias.

“Ini semua fitnah, diada-adakan cerita agar dalam PN bergaduh dan rakyat akan marah,” tulis Adnan Sri Rembau Asr. 

“Lebih baik diam daripada cakap untuk sakitkan hati orang. Sudah-sudahlah tambah beban rakyat,” kata Mashitah Abdul Hamid.

“Tun M makin melampau, kadang-kadang kenyataannya merapu. Sebagai rakyat kita pun celaru bila bekas perdana menteri bersikap begitu, apalah yang dikejarnya lagi,” kata Fatimah. 

Pada masa sama, netizen turut memuji Dr Noor Hisham apabila kewibawaannya makin terserlah ketika dalam pentadbiran PN berbanding kerajaan terdahulu. 

“Terserlah kewibawaan Datuk Noor Hisham..bila bekerja di bawah kuasa PN. Masa di bawah PH…dia rasa tersekat kerana menteri hanya tersengeh-sengeh dan angguk kepala,” kata Zeki Muhammad. 

“Dr Noor Hisham dan PM saling mempercayai antara satu sama lain. Rakyat juga percaya kepada mereka berdua,” kata Rosidah Endut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close