Berita Utama

Kedai gunting rambut boleh operasi mulai 10 Jun, SOP ketat

Sumbangan kepada KDNK berjumlah RM13.5 bilion setahun

PUTRAJAYA, 14 Syawal 1441H, Sabtu – Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 bilion setahun.

“Sektor ini juga melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk guntingan dan cucian rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, merias dan merawat kuku serta cucian dan rawatan muka, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close