Berita Utama

Keputusan orang bujang rentas negeri esok

'Tentu saja banyak perkara akan disebut, kita tunggu'

KUALA LUMPUR, 14 Syawal 1441H – Golongan bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu hadapan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok.

Justeru, Ismail Sabri meminta golongan itu supaya bersabar menunggu pengumuman itu.

“Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu.

“Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri. Tentu saja banyak perkara akan disebut esok, kita tunggu.

“Kalau tak sebut, baru saya sebut untuk orang bujang (kebenaran rentas negeri). Maka, bersabarlah hingga esok” katanya seperti dilapor media tempatan.

Sebelum ini, kerajaan akan berbincang sama ada memberi kelonggaran atau tidak kepada golongan bujang yang rindukan keluarga untuk merentas negeri bagi pulang ke kampung.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close