Berita UtamaDunia

Pasangan kekasih berzina disebat

Undang-undang syariah di Aceh, hukuman sebat di khalayak

ACEH, 14 Syawal 1441H, Sabtu – Satu pasangan di Aceh yang ditangkap melakukan zina dikenakan hukuman sebat 100 kali setiap seorang, semalam – Jumaat.

Bagaimanapun hukuman berkenaan tidak dilaksanakan di khalayak, berikutan bimbang wabak COVID-19 menular.

Ketua Jenayah Am du wilayah Aceh Besar, Agus Kelana Putra berkata, pasangan muda itu menerima hukuman kerana melanggar undang-undang Islam.

Pasangan yang menerima hukuman diambil suhu badan dan dipakaikan pelitup muka sebelum disebat di perkarangan sebuah masjid di barat Sumatera.

Bagaimanapun, hukuman sebat bagi pesalah lelaki terpaksa dihentikan sementara apabila dia tidak dapat menahan sakit manakala seorang lagi tukang sebat terpaksa mengambil alih pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah wanita.

Aceh adalah wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah selepas diberi kuasa autonomi oleh Jakarta.

Kesalahan lain bagi hukuman sebat seperti berjudi, berkhalwat, minum alkohol dan hubungan seks luar tabii. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close