Berita UtamaDunia

Pesakit COVID-19 ada penyakit darah tinggi lebih berisiko maut

Tak makan ubat hipertensi, risiko kematian meningkat 2 kali ganda

LONDON, 14 Syawal 1441H, Sabtu – Pakar Kardiologi mengatakan individu yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi lebih berisiko ‘kritikal’ apabila terkena jangkitan wabak COVID-19 – virus senyap membunuh manusia -.

Menerusi laporan di European Heart Journal, Fei Li, pakar di Hospital Xijing di Xian, China berkata, pesakit tekanan darah tinggi – disahkan dijangkiti COVID-19 – lebih berisiko maut berbanding mereka yang tidak bergejala.

Sementara, bagi pesakit COVID-19 yang berhenti mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi pula, risiko kematian meningkat dua kali ganda.

“Penting untuk pesakit dengan tekanan darah tinggi tahu bahawa mereka berisiko lebih tinggi untuk mati akibat COVID-19,” katanya.

Penyelidik di China dan Ireland telah melakukan kajian berdasarkan kes yang dimasukkan ke Hospital Huoshenshan di Wuhan antara 5 Februari dan 15 Mac.

Hampir 30 peratus – 850 pesakit – mempunyai sejarah tekanan darah tinggi. Manakala empat peratus pesakit terbabit meninggal dunia, dibandingkan dengan hanya satu peratus dari 2,027 pesakit tidak ada hipertensi.

Bagaimanapun penyelidik berkata, kajian mereka adalah secara pemerhatian dan tidak berdasarkan ujian klinikal – perlu penyelidikan lebih lanjut sebelum membuat cadangan klinikal yang tegas.

Dalam analisis berasingan dari tiga kajian lain membabitkan 2,300 pesakit COVID-19 dari hospital yang sama, penyelidik mengkaji kesan ubat tekanan darah yang berbeza terhadap kadar kematian.

Bertentangan dengan jangkaan, mereka mendapati bahawa sekumpulan ubat yang dikenali sebagai perencat RAAS, merangkumi penyebab enzim pengubah angiotensin (ACE) dan penghalang reseptor angiotensin (ARB) – tidak dikaitkan dengan kematian COVID-19 yang lebih tinggi, malah, risikonya berkurang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close