Berita UtamaPendapat

VIDEO l Dr M guna SPRM tekan MP pembangkang lebih 30 tahun lalu

106 ahli politik, aktivis pembangkang ditahan dalam Ops Lalang 1987


SEMALAM
, Tun Dr Mahathir Mohamad kata, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan ahli-ahli politik pembangkang.

Sebenarnya Dr Mahathir mudah lupa. Dia sudah buat perkara seperti ini sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Pada tahun 1987, 106 ahli-ahli politik dan aktivis pembangkang telah ditahan dalam Ops Lalang semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4.

31 tahun kemudian pada tahun 2018, sebaik mendapat kuasa dan menjadi Perdana Menteri ke-7, pentadbiran Dr Mahathir melalui SPRM telah menahan sekurang-kurangnya 10 orang ahli politik pembangkang.

Namun ahli-ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai kes rasuah dilepaskan termasuk Lim Guan Eng.

Di bawah adalah ucapan saya di hadapan bangunan SPRM Putrajaya bersama aktivis-aktivis pembangkang dua tahun lalu pada bulan Oktober 2018, lima bulan selepas PH mendapat kuasa di Putrajaya, dan pada malam penahanan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi oleh SPRM.

Isham Jalil
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor

Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button