Berita Utama

3 kanak-kanak positif COVID-19 di Kuala Langat

2 kanak-kanak positif berusia 2 tahun, seorang lagi 10 tahun

KUALA LANGAT, 15 Syawal 1441H, Ahad – Tiga orang kanak-kanak disahkan positif COVID-19 selepas sesi saringan selesai dilaksanakan di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, semalam.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim berkata, menerusi keputusan terkini yang diperoleh buat masa ini, tiga kanak-kanak itu antara sembilan individu di kawasan berkenaan yang dikenal pasti positif wabak berkenaan.

Beliau berkata, dua kanak-kanak yang didapati positif wabak itu berusia dua tahun manakala seorang lagi berusia 10 tahun.

“Di Zon B, dua kanak-kanak berusia dua dan 10 tahun didapati positif manakala di Zon C pula melibatkan kanak-kanak berusia dua tahun,” katanya seperti dipetik SInar Harian.

Terdahulu, pelaksanaan PKP secara pentadbiran di kawasan terbabit bermula 2 Jun sehingga 16 Jun berikutan 20 warga asing yang merupakan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menetap di kawasan ini didapati positif pada 28 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Jusni berkata, seramai 4,627 orang penduduk melibatkan tiga zon di kawasan berkenaan telah menjalani proses saringan COVID-19 selepas penguatkuasaan PKP secara pentadbiran di kawasan itu.

“Buat masa ini, keputusan saringan yang masih sedang ditunggu adalah sebanyak 2,365 dan ia akan diketahui selewat-lewatnya pada Selasa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Jusni berkata, pihaknya juga menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung keperluan bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sepenuhnya susulan perkembangan kes positif Covid-19 di kawasan itu.

“Maklumat berhubung sembilan kes positif ini telah diserahkan kepada KKM dan kita serah sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close