Berita Utama

4 maut helikopter M1-17 tentera Indonesia terhempas

Punca kejadian nahas helikopter masih dalam siasatan

JAKARTA, 15 Syawal 1441H, Ahad – Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh, selepas helikopter MI-17 milik TNI, terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah.

Dalam kejadian petang tadi, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI, dalam misi latihan penerbangan.

“Lima lagi cedera dalam kejadian itu,” kata Ketua Penerangan TNI Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button