Berita Utama

BERJASA syor mansuhkan PRK demi kestabilan politik

Kekosongan hanya perlu diisi pengganti dari parti memenangi kerusi

BANGI, 15 Syawal 1441H, Ahad – Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu dimansuhkan, kata Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

Menegaskan perkara itu, beliau berkata, sebarang kekosongan hanya perlu diisi pengganti daripada parti yang memenangi kerusi itu, yang ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

“Jika kerusi yang kosong itu asalnya diisi oleh wakil rakyat bebas, parti yang memerintah, negara jika kerusi Parlimen, negeri jika DUN, menentukan pengganti.

“Ini untuk mengekalkan kestabilan selama lima tahun dan menjimatkan wang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada PKR yang mengumumkan tidak bertanding di DUN Chini, atas alasan COVID-19. 

“Satu keputusan yang matang,” katanya.

Semalam, PKR memutuskan mereka tidak akan menghantar wakil untuk PRK DUN Chini selepas mengambil kira kekangan yang bakal dihadapi ekoran penguatkuasaan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close