Berita Utama

Inti pati PKP Pemulihan

Hampir semua aktiviti dibuka termasuk sosial, perniagaan

PUTRAJAYA, 15 Syawal 1441H, Ahad – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir Selasa ini.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dan PKPP adalah sebahagian daripada strategi keluar PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac dan PKPB sejak 4 Mei.

Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

Berikut antara inti pati PKPP:

  • Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
  • Buka hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan ekonomi.
  • Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazar ria, medan selera, pusat penjaja, trak makanan dan gerai makan boleh beroperasi.
  • Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, kolam pancing komersil dan penggambaran filem dibenarkan.
  • Aktiviti sukan tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak berbasikal dan konvoi motosikal dibenarkan.
  • Renang, ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki tidak dibenarkan.
  • Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.
  • Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan.
  • Pembukaan sekolah akan dilakukan secara berperingkat.
  • Pub, kelab malam, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema masih tidak boleh beroperasi.
  • Perarakan keagamaan, kenduri dan rumah terbuka masih dilarang

 Pelaksanaan PKPP berteraskan tujuh strategi:

  • Pengukuhan kesihatan awam
  • Perundangan dan penguatkuasaan.
  • Pengukuhan kawalan sempadan
  • Pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi
  • Pemerkasaan tanggungjawab komuniti; dan
  • Perlindungan golongan berisiko

    -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close