Berita Utama

Ke mana hilang 820 penghuni?

205 rumah di lokasi PKP pentadbiran ditinggal penghuni

KUALA LANGAT, 15 Syawal 1441H, Ahad – Sebanyak 205 rumah di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, di sini ditinggalkan penghuni selepas kawasan terbabit menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pentadbiran, 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, perkara itu dikesan susulan Op Pintu yang dilaksanakan petugas keselamatan.

“Dianggarkan keseluruhan yang meninggalkan rumah berjumlah kira-kira 820 penghuni.

“Kita percaya penghuni rumah terbabit meninggalkan kediaman mereka seawal 29 Mei selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan seramai 20 warga Bangladesh yang tinggal di kawasan itu didapati positif COVID-19,” katanya kepada Sinar Harian.

Azizan berkata, polis akan berusaha mengesan kesemua penghuni terbabit untuk melakukan ujian saringan selepas mereka pulang.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kesemua penghuni itu akan pulang selepas PKP secara pentadbiran itu tamat.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan enam individu berhampiran kawasan PKP secara pentadbiran itu yang sebelum ini didakwa positif COVID-19 disahkan negatif Jumaat lalu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button