Berita Utama

KKM bayang PKP, PKPB ditarik balik

Ia berdasarkan kenyataan dikeluarkan oleh KKM hari ini

BANGI, 15 Syawal 1441H, Ahad – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) akan ditarik balik.

KKM menerusi kenyataan berkata, pengalaman yang dilalui ketika menjalani PKP dan PKPB pasti memberi kenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, rakyat menjadi saksi kepada satu sejarah yang tercipta apabila pertama kali PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

“Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata. Jalan raya sunyi sepi, pusat beli belah ditutup, pengangkutan awam henti operasi, lapangan terbang ditutup.

“Malah kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 365 hari setahun, 7 Eleven beroperasi dengan had masa. Sejak PKP, kehidupan kita semua terkesan. Suka atau tidak, ia pengalaman yang akan dicatat dalam sejarah negara ini.

“Masak apa tak jadi hari ini, Cik Kiah sehinggalah tarian shuffle Ke Sana Ke Sini, ia akan kekal dalam ingatan kita,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, KKM meminta rakyat Malaysia menunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang ini sama ada ditarik atau pun diteruskan.

“Jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan kerana kepatuhan SOP adalah kejayaan awal untuk semua rakyat Malaysia.

“Apa pun keputusan diumumkan nanti, kita semua akan terus hidup dengan cara baharu ‘ditemani’ COVID-19. Tiada siapa tahu bila kita akan kembali hidup norma biasa. Harapan kita agar vaksin ditemui segera,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button